Jan 25, 2011

Menyesal? cer cerita cer cerita





menyesal. ya itu ayat yang paling sesuai untuk aku buat masa sekarang nih

padan muka. padan muka aku.

cenggini ceritanya
masa aku darjah 1 sampai aku darjah 6 aku kawan dengan sorang budak ni. dia ni sempal2. lagi sempal dari aku.dia suka buat beyonce-style dance masa sebelum ambik wuduk masa sekolah agama. dia juga suka besarkan mata dia yang sedia besar yang juga mengakibatkan dia mendapat gelaran yang aneh2.

kitorang kamceng la senang kira. sampailah UPSR result keluar dan dia dapat sama result dengan aku. dia dapat offer pergi sekolah agama. aku marah gila kat dia sebab dia pergi. aku nak satu sekolah dengan dia.ish. dia pergi sana pun sebab mak dia yang desak. geramm gila aku.

aku pun sekolah di sini. setiap birhday aku dia takkan miss call rumah aku disebabkan aku tak pakai fon dan gayut berjam-jam. oh terharu gila wo! sebab apa? sebab aku pun kadang2 lupa nak wish birhday dia yang dia bangga2 sangat sebab sama dengan zaquan/aidil tuhh..

nak jadi cerita aku chat dengan dia cuti panjang haritu

aku: weh bila lagi doe kita nak kuar. dah lama tak jumpa kauu
dia : eh aku on je.
aku: haa ok cantek. sabtu ni boleh? aku free weh
dia : alaa sabtu ni aku ada hal la wei
aku: aduh hal apa pulak kau nih?
dia : aku ada hal la. hal hal.
aku: yolah hal mende?
dia : aku ada appointment utk operation laa
aku: ahh bual lebih ah kau
*dia is offline

dia saja je gurau2 tu. aku pikir

hari jumaat lepas masa orang sibuk2 ambik nombor magnum  Roadrun, bahiyah datang kat tempat aku dan cakap yg member aku tu memang buat operation betul. buang cyst. aku punya menyesal. pehhhh
apa ini orang. menyesal aku tak tanya. kesian kau..

Nur Aisyah Yahya..patutnya aku tanya..so sorry wei.. !


No comments:

Meh tanya meh

Archives