Dec 7, 2010

Salam Maal Hijrah

The title says all
Salam Maal Hijrah untuk semua yang membaca dan yang singgah dan semua umat islam
sempena tahun baru ni jomlah kita berdoa dengan rendah diri bagi memohon keredhaan dan menyatakan syukur kepada-Nya kerana masih diberikan kesempatan merasai kehadiran tahun baru.

Ya ALLAH
Ampunilah dosaku
dosa ibu bapaku
dosa saudara-saudaraku
dosa guru-guruku
dosa rakan-rakanku
dosa jiran tertanggaku
dosa orang mukmin dan orang orang di sekelilingku 


Ya ALLAH Ya Zal Jalali Wal Ikram


jauhilah kami daripada seksa azab api nerakamu
lindungilah kami daripada hasutan syaitan durjana
jauhilah kami dari sebarang bala bencana
hindarilah kami daripada sebarang kesesatan ya Allah
lindungilah kami daripada sebarang penyakit berbahaya Ya Allah
Sesungguhnya engkaulah Tuhan yang Maha Melindungi Ya Allah


Ya Allah


Kau kurniakanlah kami keberkatan hidup dunia akhirat
keberkatan ilmu-Mu
keberkatan rezeki yang engkau limpahkan terhadap kami
Kau permudahkan lah kami untuk mencapai cita-cita kami


Lapangkanlah dada dan pemikiran kami 
permudahkanlah kami untuk menerima ilmumu
murahkanlah rezeki kami Ya Allah


Kurniakan lah kami keluarga yang sakinah
kurniakanlah kami jodoh yang soleh solehah
kurniakanlah daripada rahim kami
daripada benih kami 
zuriat yang mendapat keredhaan-Mu Ya Allah
Sesungguhnya engkaulah yang Maha Pemurah 
lagi Maha Penyayang




Ya Allah 


Engkau mudahkan segala urusan dunia akhirat kami dan semoga tahun ini akan menjanjikan seribu keberkatan dari-Mu Ya Allah


Amin Ya Rabbal A'laminn





No comments:

Meh tanya meh

Archives