Jan 26, 2012

You're tagged

Aritu dak zana tag aku. Jadi apa kata kita layan jap

11 things about me

1. Nama aku panjang. boleh panggil aku kina atau nasiha. Tak boleh panggil kinot. Itu panggilan untuk diri aku sendiri

2. Aku suka makan maggie.

3. Aku lebih suka pakai sabun buku yang sebiji RM 0.80 berbanding shower foam yang melekit tu.

4. Aku tak pernah bela rambut panjang

5. Aku paling suka makan tauhu goreng cicah sambal kicap. Tapi kalau termakan tauhu yang dah masam mungkin termuntah hijau

6.Aku pernah bercita-cita nak jadi pilot tapi terpaksa dikuburkan sebab fobia tinggi dan kos pembelajaran yang mahal

7. Aku ada 5 tahi lalat di kaki kiri bahagian buku lali dan ke bawah. Salah satu daripadanya sebesar duit seposen. wah!

8. Aku anak bongsu. Satu abang, 4 kakak. I wish I have more brothers

9. Aku suka sangat makan daging kambing. Dalam family aku hanya ayah, abang dan aku je yang makan daging binatang tersebut. Jadi mak aku tak pernah masak daging kambing. Jadi bila jumpa kat majlis kahwin aspecially, aku jadi sedikit tak waras. Kesian bukan?

10.Aku lebih selesa dengan tudung bawal sebab aku tak selesa pakai shawl or pashmina or wateva. Tapi kengkadang ada jugak aku pakai. On certain occasions.

11. Aku tak berapa suka sangat warna pink. Maksud aku, aku takde nafsu nak mewarnai semua harta aku dengan kaler pink. Sebab aku tak berapa putih mungkin. Siapa cakap pink hanya untuk orang kulit putih. ENTAH!

12. Aku cepat rasa insecure. for some uncertain reasons. #forever alone


Ni soalan dari Zana


1. Orang yang paling aku sayang
 - Mak ayah and family

2. Rasa-rasa kau ada haters tak?
 - entoh ler zana. tak kot. aku baik ape? haha

3. Barang yang paling korang nak sesangat
 - Buat masa sekarang aku tengah mengidam tudung bawal korean silk yang ada motif chain kaler gold. Sebenarnya tu tudung orang2 tua. Tapi mata aku tengok macam 'eh! cantekk'. Puas aku membongkar gerobok tudung Atok Tam aku tak jumpa. Cari online pun tak jumpa. haih naseb naseb.

4. After getting married nak pergi honeymoon kat mana?
- Kita tengok baget duluu.

5. Kalau diberi pilihan nak kahwin lelaki macam mana?
- Ofkos yang beriman. Lemah lembut tapi tegas. Gigi mesti cantik. Tak berapa suka sangat yang metrosexual macam Awal Ashaari. Tak suka lelaki busuk. Serius dan kelakar bertempat. hamboi amek kau. Whatever it is, sesiapa2 pun yang Allah bagi aku terima seadanya. Because He knows best.

6. Pendapat anda tentang saya (zana) winwink
- Mata kau cantik! Serious tak tipu

7.Satu permintaan yang teringin nak dikabulkan?
- Nak jumpa Nabi Muhammad dan Nabi Yusuf. :)

8 Orang yang paling dibenci
- Takde rasanya.

9. Your ambition
- Pegawai perubatan (doctor) bahagian Obstetric and Gynecology atau pun dentist.

10. Kalau diberi peluang nak putarkan masa balik tak? kenapa?
-  Nak nak nak. putarkan masa balik ke Jun 2010. Aku rindu kawan2 KLD Tunas Samudera voyage 254. Dah lah duduk berterabur satu Malaysia. Susahnya nak jumpa. OMG OMG.

11. Kisah cinta monyet yang paling diingati sampai sekarang
- tsk tsk forever alone

Nak tag siapa?

Nurasilah
Joanna
Hadaina
Hazirah

dan sesiapa yang nak buat.

3 comments:

JO said...

no lelaki busuk allowed !

JO said...

makcik mana soalan kau ?

Kina Kinot said...

takde. recycle je balik soalan ni. aku malas nak jadi penggubal soalan

Meh tanya meh

Archives