Oct 6, 2011

Empat



1) Empat dikenal dengan empat : Pengarang kerana karangannya, orang alim kerana jawabnya, orang bijaksana kerana perbuatannya, dan orang yang tabahkerana kesanggupannya bertahan.

2) Empat alamat bodoh : berteman dengan orang yang bodoh, banyak perbuatan berlebihan-lebihan, tak dapat mengunci rahsia dan memandang ringan kebaikan orang lain.


3) Empat perkara menunjukkan akal : menyukai ilmu pengetahuan, tenang sikapnya, tepat jawabnya dan banyak benarnya.


4) Empat perkara menunjukkan seorang ahli siasat : tak berubah mukanya ketika dikritik, tajam matanya melihat kesempatan, dapat memilih pendapat yang berbeza-beza, senyum mukanya berhadapan dengan lawan. 

5) Empat sempurna kerana empat : sempurna ilmu kerana 
amal, sempurna agama kerana takwa, sempurna amal kerana niat dan sempurna kehormatan diri keranawibawa.


6) Empat tidak dapat dipisahkan daripada empat : rakyat tidak dapat dipisahkan daripada politik, tetntera tidak dapat dipisahkan daripada pimpinan, suatu pendapat tidak dapat dipisahkan daripada musyawarah, suatu azam tidak dapat dipisahkan daripada istikharah.



Oleh : Hamka


(link)

No comments:

Meh tanya meh

Archives