Dec 29, 2010

Kenduri 3 in 1



apa? kau ingat kopi milo nescafe je ke ada 3 in 1? kenduri pun ada lah.


sebenarnya aku tulis entri ini bukan nak kasi orang baca. tapi lebih kepada tatapan diri sendiri dan anak cucu cicit aku yang akan datang.sekarang orang dah tak guna dah diari tu semua. sekarang guna blog. blogger pompuan mostly akan tulis blog depa dengan aktiviti seharian depa berbanding blogger lelaki yang cenderung untuk ulas isu semasa. contoh : isu laser. hal ini demikian kerana blogger pompuan pemurah nak share cerita zaman dia muda muda dulu dengan keturunan dia, sedara mara dia. tak ke seronok kalau kau dah tua,..sambil rendam gigi palsu biar kasi sejuk,..layan baca blog sendiri. flashback zaman muda mudi. bayangkan.....

ngap ngap ngapp!



****************

25 dis 2010 Atok belah mak aku buat kenduri. nama atok2 aku ialah Atok Tam dan Atok Yim. eh jangan konfius pasal jantina meh aku kasitau. Atok Yim lelaki dan Atok Tam wanita.dua dua masih gagah menumbangkan berpuluh puluh ekor KERBAU ayam untuk buat kenduri anak cucu2 depa. kenduri tu kat Bandar Tenggara, Kulai. pasal apa 3 in 1?. 

Cukur jambul+majlis tahlil arwah+majlis kesyukuran = my atuks' style

Cukur jambul untuk 3 dara iaitu Zahra, Balqis dan Fariha. Majlis tahlil untuk sedara mara aku yang dah ke rahmatullah aspecially yang baru meninggal baru-baru ini. Arwah Tok Hassan dan arwah Tok Mis. dua dua atok sedara kami. majlis kesyukuran pula untuk Nani sebab baru lepas SPM. Aina, Pais dan Syira sebab baru ambil result PMR. masa time aku dulu pun atok aku ada buat gak. atok aku ni memang rajin buat kenduri sebab anak anak duduk dekat, jadi senang nak kumpul. takpayah mintak tolong orang luar.

aku take part jugak la buat kerja untuk jayakan kenduri tu. ye lah anak dara sejati.cute lagi.takkan nak ngangkang je depan tv pegang remote kontrol tengok cerita Kau Dan Aku sambil kunyah kek lapis sarawak kan? masa ni lah nak tunjuk bakat.


antara kerja yang paling berat aku buat ialah packing jajan dan telur rebus, cari bunga nak buat bunga rampai, masak ikan keli letup2 dan bagi berkat. kalau kat rumah atok aku, siapa yang goreng ayam untuk kenduri tulah orang yang paling dipercayai seisi keluarga. sebab risiko dan kecenderungan untuk ayam goreng tinggal separuh adalah amat tinggi. so pakcik2 aku yang berbadan sama level dengan bouncer aje yang pikul amanah tu. 

keesokan harinya anak2 dara ayu plan nak gi mandi manda kat Gunung Berlumut. abang2 sasa perkasa bakar otak2 buat bekalan. budak2 kecik berlemuih tinggal ready badan buat standby berenang. mak2 kiut ikut jeh.

sebenarnya ini ialah 3rd time kami pergi Gunung Berlumut. 1st time pergi mase balik kenduri kahwin. 2nd pergi dah nak maghrib so mandi sekejap je. soo this time around balas dendam pergi awal and mandi kat atas2 sikit. penat dah nak mandi kat bahagian bawah. kat bawah apa dapat? air kencing je banyak. that was so Y.U.C.K. seronok siap buat aksi tarzan. air pun dalam. sejuk. ramai. 


that's all for now. class dismissed! *wah

No comments:

Meh tanya meh

Archives